Sulit
5 tahun
Sakit dada, sakit tekak dan kurang selera makan
Assalam dan salam sejahtera, saya ingin bertanya
berkenaan ibu saya, ibu saya mengadu yg beliau sakit tekak dan kurang selera makan. Sebelum beliau juga ada mengadu sakit dada. Tapi sakit dada dah ok. Sekarang sakit tekak pula. Beliau tiada kontek rapat dengan pesakit positif covid dan tiada sejarah pulang dari luar negara. Beliau hany duduk di di rumah sejak PKP 18/3. Jadi saya nak minta pandangan doctor perlu kah ibu saya membuat ujian saringan covid?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































