
Sulit
3 tahun
Sakit dada , sukar bernafas dan sakit kepala
Saya wanita berumur 18 tahun. Saya kerap sakit kepala yang terlalu sakit dan menyebabkan saya tidak boleh berjalan atau bergerak laju sehingga pernah dalam masa 1 hari 3 kali pitam dan kadang kadang sakit kepala sehingga rasa berdesing di telinga. Dada saya selalu kerap sakit dan terasa sukar bernafas ia juga berdenyut dengan laju sedangkan saya tidak buat perkara yang penat dan hanya dalam keadaan relax. Kadang ii tangan dan kaki saya berasa sedikit kebas lagi ii di waktu malam. Saya juga pernah sakit kepala dan sakit dada yang membuatkan saya muntah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Ketidakseimbangann tekanan air dalam kepala
- Kesan perubahan darah gula
- Kesan perubahan tekanan darah
- Penyakit pada saluran darah kepala
- Penyakit gangguan saraf
- Penyakit kelenjar
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.