
Sulit
3 tahun
Sakit dalam perut usus kiri
Saya remaja lelaki dalam 20an dalam dua bulan lepas saya rasa sakit dalam perut macam ada benda dlm perut dan rambut saya gugur dan perut saya rasa senak rasa sakit bahagian kiri perut rasa x selesa x dapat tidur mlm bulan lepas saya buang air besar dua kali sahaja dan saya cpt penat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Sembelit
- Usus tersumbat
- Batu karang
- Jangkitan buah pinggang
- Kanser buah pinggang
- Masalah angin pasang
- Diverticulitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.