
Sulit
4 tahun
Sakit dalam telinga berulang lagi
Hai. Saya wanita berusia 23 tahun. Semalam saya telah berjumpa dengan doktor. Kemudian saya disuruh mencuci telinga di kecemasan. Di dalam telinga saya didapati terkena jangkitan kuman dan bernanah di kawasan gegendang telinga. Setelah dicuci. Telinga sya semakin sakit sehingga di cuping telinga saya. Bahkan kepala saya menjadi pening dan demam sehingga hari ini. Telinga saya rasa berdenyut denyut. Apa patut sya buat doctor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.