
Sulit
5 tahun
Sakit dan gatal di bahagian tekak
Saya wanita yang berumur 20 tahun. Sudah seminggu saya sakit tekak,apabila saya minum air,tekak saya berasa sakit untuk menelannya dan kadang-kadang tekak saya gatal. Tapi selama seminggu ini saya tak ada mengalami simpton seperti batuk…ada pun jikalau tekak saya terasa gatal2. Boleh saya tahu apa puncanya dan cara untuk menghilangkan rasa sakit tekak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Tonsilitis
Pharyngitis
Allergic rhinits
Kurang minum air
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
Gargle dengan air garam suam
Minum air suam
Minum air lemon dan madu
Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Memandangkan gejala ini telah menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan rawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.