
Sulit
4 tahun
Sakit dan kebas di peha kanan
Saya wanita berumur 31 tahun dan mengalami sakit serta kebas di peha kanan. Pada mulanya saya hanya berasa kebas semasa baring sejak pertengahan bulan Mac dan ianya berlarutan sehingga sekarang. Akhir-akhir ini peha kanan mulai sakit mencucuk serta kebas semasa tidur, berdiri dan duduk. Untuk makluman doktor, berat saya adalah dikategori sebagai obesiti.
Justeru itu, saya ingin mengetahui samada simptom sakit disebabkan berat badan berlebihan atau melibatkan penyakit lain.
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas anggota badan boleh disebabkan:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.