
Sulit
4 tahun
Sakit Dan Pening Kepala
Sy remaja berusia 13 tahun. Sy pening dan sakit kepala beberapa hari lalu. Sakit kepala itu akan berlaku ketika sy bangun dari tidur. Ketika sy angkat kepala, pening tu tiba-tiba serang. Begitu juga ketika sy solat. Semasa bangun daripada sujud, sakit kepala tu akan menyerang dan buat sy tak khusyuk untuk solat.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Tekanan darah rendah
- Anemia
- Kekurangan gula dalam darah (hypoglycemia)
- Dehidrasi
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.