Sulit
4 tahun
Sakit dan rasa ngilu ketika haid
Saya wanita berusia 30an.saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya kerap kali mengalami kembung perut dan sakit yang seperti mencucuk ketika haid. Saya juga sering mengalami sembelit ketika haid. Kitaran haid saya adalah 3-4 hari. Darah haid akan keluar pada hari pertama dan kedua sahaja. Hari ke 3 dan seterusnya hanyalah ketulan berwarna coklat. Dan saya akan rasa sakit yang ngilu ketika darah haid keluar. Saya juga sering merasa sakit ketika bersama suami.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- endometriosis (sakit sewaktu bersama)
- fibroid
- polip di serviks
- ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.