
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian atas ari ari bawa perut,
Saya wanita berumur 27,belum mempunyai anak, saya sering kali terasa sakit di bahagian atas ari ari bawa perut… Terasa sakit seperti sedang menahan nak kencing, akan nampk sedikit buncit dan bila ditekan akan terasa sakit…Tqvm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Soalan anda adalah berkenaan gejala sakit perut pada bahagian bawah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit perut bahagian bawah boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya:
- Jangkitan pundi kencing
- Sakit perut haid
- Batu karang pundi kencing
- Masalah berkaitan rahim seperti endometriosis
Sesetengah punca ini adalah serius dan memerlukan perhatian dan rawatn segera. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih.