
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian bahu dan terasa kebas
Ibu saya kerap mengadu bahawa dia sakit dan berasa kebas di bahagian bahu dan dia tidak boleh kebelakangkan tangan. boleh saya tahu penyakit dan alternatif untuk sembuhkan penyakit ibu saya? adakah ia ada long time affect on her or boleh dipulihkan? tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas di bahagian bahu.
Untuk makluman anda, kebas yang berlaku di bahagian bahu boleh disebabkan oleh banyak perkara. Dan saya memerlukan pemeriksaan fizikal dan persoalan lanjut untuk mengetahui keadaan sebenar ibu anda. Namun disini saya senaraikan beberapa keadaan yang biasanya menyebabkan kebas di bahu terjadi:
- Masalah saraf di bahu atau tulang belakang
- Keradangan otot bahu
- Keradangan sendi bahu
- Bahu terkehel
- Bahu patah
- Masalah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung
Sekiranya ibu anda mengalami kebas ini secara berpanjangan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.