
Anonymous
5 tahun
Sakit di bahagian bahu
Saya wanita berumur dalam 20-an, saya merupakan penggemar coffee seperti nescafe. Sejak akhir-akhir ini, saya kerap sakit di bahagian bahu dekat dengan area leher, jadi soalan saya, adakah minum minuman kaffein yang tinggi menyebabkan sakit di bahagian bahu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit bahu dan leher boleh terjadi atas beberapa faktor seperti:
- Pergerakan yang kerap seperti bermain sukan
- Posisi badan yang tidak optimum seperti duduk dikerusi terlalu lama
- Tortikollis
- Keletihan otot bahu
Anda boleh lakukan beberapa langkah mudah seperti berikut bagi mengatasi masalah ini:
Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.Hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkanSenaman ringan bahu dan leher
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.