
jonibellea
5 tahun
Sakit di bahagian bawah perut dan kencing tak puas /lawas
Saya wanita berumur 34 tahun. Kitaran haid saya tidak normal. Kadang2 awal, kadang2 lambat dari tarikh jangkaan. Saya mengalami kecing tidak lawas /puas. Contohnya saya sudah buang air kecil selepas itu saya rasa ingin kencing lagi dan apabila kencing tetap ada keluar air kencing walaupun sedikit. Seterusnya, saya mengalami sakit mencucuk-cucuk bahagian bawah perut (bahagian ari-ari) dan selalunya terjadi sebelum saya haid.
Adakah ini normal ataupun ada penyakit lain yang saya perlukan rawatan? Mohon bantuan dari doktor dan terima kasih atas perhatian yang diberikan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Endometriosis - sel lapisan dinding rahim yang tumbuh di organ lain
- Fibroid dalam rahim - apabila ia membesar ia boleh memberik tekanan pada rahim (skait) dan masalah kencing
- Jangkitan saluran/pundi air kencing
- Prolaps rahim - struktur penahan rahim tidak kuat dan menyebabkan kejatuhan struktur rahim
- Penyakit kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.