
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian belah kiri perut
Saya ada mengalami sakit di bahagian belah kiri perut seperti sakit senggugut tapi tiada darah period yang keluar. Sakit itu lebih perit apabila saya duduk terlalu lama. Apakah masalah ini ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit di bahagian belah kiri perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- masalah keradangan usus
- sembelit
- radang tiub fallopian
- sakit semasa ovulasi
- pelvic inflammatory disease (PID)
- batu karang dalam buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.