
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian belakang badan
Assalamualaikum. Saya perempuan umur 17. Semenjak 2 hari ni saya mengalami sakit di bahagian belakang bila baring. Badan saya terasa sakit dan saya jugk mempunya sakit gerd… Saya hanya takut simptom covid sahaja. Saya tk demam dan tk de pulak gejala yg serius. Tapi badan saya di bahagian belakang agk sakit. Boleh saya tanya. Gelaja covid pemulaan apa yer? Sebab saya trus sakit belakang jer damam tk pulk… Ker sakit belakang ada kene mengena dengan gerd?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian belakang badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Tulang belakang patah (akibat trauma, jatuh dan sebagainya)
- Prolapsed intervertebral disc, iaitu sejenis kondisi di mana cecair seperti jeli antara 2 ketul tulang belakang telah terkeluar dari kedudukan asalnya
- Scoliosis dan kyphosis tulang
- Kanser tulang belakang
- Osteoporosis (tulang yang lemah)
- Radang sendi tulang belakang
- Jangkitan kuman tulang belakang
- Penyakit batu karang
- Penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease)
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.