
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian hadapan pelvik semasa hamil 36 minggu
isteri saya berumur 27 tahun dan sekarang hamil 36weeks, dah 3 hari isteri mengalami sakit di bahagian hadapan pelvik (pubis). nak berjalan, tidur terganggu sbb sakit sangat. sakit ni terjadi selepas isteri cuba berlari anak secara mengejut, dan keesokan harinya sakit makin kuat. mohon penjelasan dari pihak doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti adakah anda mengalami pendarahan di faraj ? adakah anda mepunyai sejarah keguguran ? dan sebagainya sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk makluman anda, sakit pinggang dikalangan waita yang sarat mengandung adalah suatu yang kerap terjadi. Anda perlu kurangkan aktiviti berat dan latih diri untuk mempraktikkan postur yang betul khas untuk wanita mengandung.
Jika bertambah teruk atau disertai oleh gejala lain, maka anda perlu terus berjumpa doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.