Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian kiri payudara
Hi. Saya wanita berumur 24 tahun dan telah mempunyai seorang anak. Sejak kebelakangan ni saya sering mengalami sakit di bahagian kiri payudara saya. Sakit tersebut amat la sakit sehingga saya mengalami kesukaran untuk bernafas. Dan dia akan hilang dalam masa 3-4 hari. Bila dah hilang sakit tersebut, ada suatu hari tu anak saya terlanggar payudara saya bahagian kiri dan sakit itu dtg kembali. Dan kalini ia mengambil masa yg lama untuk hilang rasa sakit itu. Saya dapati tiada benjolan di kawasan payudara saya. Cuma sakit yg menyebabkan saya sukar untuk bernafas sahaja. Boleh saya tahu punca masalah itu berlaku dan apa kesannya? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit pada payudara.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit berlaku pada payudara. Antaranya :
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Namun, melihat kepada kondisi anda, sakit yang anda alami juga telah menyebabkan anda sukar bernafas. Boleh jadi sakit tersebut datang bukan daripada payudara tetapi organ atau tulang sekeliling seperti tulang rawan yang berada di bahagian dada. Keradangan tulang rawan sering menyebabkan sakit berlaku di bahagian dada atau payudara. Namun begitu, saya menyarankan anda untuk ke hospital atau klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.