
Anonymous
6 tahun
Sakit di bahagian kiri
Saya wanita berusia 20an, saya merasa sakit dibahagian kiri . Kadang kerap rasa sakit kadang tiada. Rasa seperti berdenyut-denyut. Simptom ini terjadi sebelum saya datang bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, maklumat lebih mendalam diperlukan untuk menjawab soalan anda. Antara perkara penting yang perlu kami ketahui adalah seperti:
- Tempat kesakitan bahagian kiri secara spesifik seperti dada, perut, pinggang, kaki, tangan dan sebagainya.
- Maklumat tentang ciri kesakitan
- Simptom lain yang dialami semasa sakit tersebut datang
- Maklumat tentang latar belakang kesihatan anda
Namun begitu, wanita sememangnya biasa mengalami kesakitan dan rasa tidak selesa pada tubuh sebelum datang haid. Antara penyebab kesakitan tersebut adalah ovulasi. Sesetengah wanita mengalami kesakitan pada bahagian pinggang kiri atau kanan atau perut kiri atau kanan ketika ovulasi.
Biasanya kesakitan ini adalah tidak berbahaya dan akan hilang selepas haid datang. Namun begitu sekiranya terdapat simptom lain yang membimbangkan seperti sakityang mengganggu rutin harian anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.