
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian lutut kiri apabila bergerak
Hi, saya saleha berumur 28 tahun. Kebelakangan ni saya kerap sakit lutut. nak ke ubah position dari duduk ke berdiri atau berdiri ke duduk saya akan rasa sakit. bila saya penat saya sukar untuk tidue sebab rasa lenguh2 dekat lutut kiri saya. hanya lutu kiri saya sahaja y rasa macam tu. apa perlu saya buat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada lutut
- Osteoartrhitis
- Rheumatoid arthritis
- Kecederaan meniskus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pergerakan lutut terbatas
- Kesukaran untuk melakukan aktiviti harian
- Gangguan tidur
- Lutut anda kembang atau bengkak
Masih risau dengan sakit lutut? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Anda boleh lakukan aktiviti senaman untuk kekuatan lutut dan otot paha untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya keadaan semakin teruk, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.