
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian rahang muka sebelah kiri hingga ke leher dan urat telinga
Hai doktor, saya ada masalah gigi bongsu yang perlu di buat minor surgery, tetapi masih belum lakukan lagi…sudah dekat 2 tahun saya biarkan gigi tersebut dan belum buat…gigi itu berlubang dan doktor ada buat tampalan sementara…tetapi masa proses doc buat tampalan sementara 2, doktor hanya keluarkan sisa makanan dan bukannya cuci bersih2 sebelum letak tampalan…
Masalahnya sekarang, saya ada rasa sedikit tak selesa dibahagian rahang muka, leher dan urat telinga tetapi gigi tidak sakit…rasa seolah2 mcm lenguh dan sakit urat dibahagian tersebut…ada kemungkinan ke gigi bongsu saya yang perlu dioperate yang jadi penyebab, tetapi gigi saya tidak sakit…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- jangkitan daripada gigi merebak ke bahagian lain
- masalah saraf disebabkan gigi bongsu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.