
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian rahim dan bawah perut
Assalamualaikum doktor, saya wanita berumur 22 tahun dan masih belum berkahwin, semalam saya rasa kekejangan yang teramat sngat dibahagian bawah perut dan bahagian tulang pinggul, apabila hendak membuang angin ianya tidak terkeluar dan rase sangat sakit ditulang pinggul… Sehingga tidak boleh duduk dan bersandar… Sehingga sekarang rasa kekejangan ditulang pinggul sudah hilang, tetapi rasa kejang dan sakit dibahagian bawah perut masih tidak hilang… Dan ianya menampakkan bawah perut saya buncit tidak seperti biasa… Bolehkah saya tahu apakah penyakit yg saya alami dan adakah ianya penyakit ketumbuhan fibroid? Boleh doktor jelaskan? Terima kasih…

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Hindari sakit perut daripada mengganggu aktiviti harian anda
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit bahagian bawah perut. Untuk makluman anda, gejala sakit bawah perut pada wanita adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- sindrom premenstruasi
- endometriosis
- kehamilan
- cyst ovari
- fibroid rahim
- kanser ovari
- kanser pangkal rahim
- kehamilan ektopik
- penyakit radang pelvis
Selain akibat masalah reproduktif wanita , sakit perut juga boleh berpunca daripada masalah saluran kencing dan s aluran pencernaan atau usus.
Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala tambahan seperti:
- tidak upaya untuk kentut
- kemuntahan yang terlampau
- demam
- muntah darah
- najis berdarah
- discaj faraj yang tidak normal
- sakit perut yang semakin teruk
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih