
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian rahim ketika hamil 5 minggu
Saya wanita yang baru berkahwin dan positif mengandung , normal ka ketika awal kehamilan saya sakit di bhgian rahim kejap sakit kejap tak .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di bahagjan rahim boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.Tetapi sakit perut atau kekejangan adalah perkara biasa pada kehamilan dan biasanya tidak perlu dikhuatiri.
Sakit perut diawal kehamilan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Sakit perut yang ringan pada kehamilan awal (semasa 12 minggu pertama) biasanya disebabkan oleh perkembangan rahim anda, ligamen yang tertarik, sebak benjolan anda tumbuh,embelit hormon atau angin terjebak.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.