Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian sebelah kiri pusat
saya seorang remaja wanita berumur 16 tahun , saya sering merasa sakit perut di bahagian kiri sebelah pusat selepas beberapa jam setelah makan malam , kadang kala sakitnya juga datang selepas membuang air besar . Mohon pencerahan 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan anda diatas, anda mengalami masalah sakit pada bahagian perut yang terletak di sebelah kiri pusat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Keracunan makanan
- Ketegangan otot abdomen
- Sembelit
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Bowel obstruction/ Usus tersumbat
- Batu karang
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing
- Diverticulitis
- Keradangan appendiks
- Penyakit radang pelvis
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor






























