
anissatikah52
5 tahun
Sakit di bahagian tapak kaki kanan
Hi, saya wanita berusia 25tahun. Saya pernah alami sakit di bahagian buku lali sebelah kiri pada 2tahun lepas , Selepas sehari saya ambil tindakan utk pergi megurut kampung. Selepas mengurut pada hari yang sama kaki saya mengalami bengkak & sukar berjalan. keesokkan harinya kaki saya langsung tidak boleh berjalan dan tidak boleh disentuh apatah lagi hendak selimut. teramat sakit. Keesokkan harinya saya mula berjumpa dgn doktor dan doktor memberitahu yg kemungkinan itu petanda saya akan kena Gaut . Dan tindakkan terakhir saya , saya beranikan diri utk makan ubat tahan sakit (berwarna kuning) & ubat urat (Warna Oren) alhamdulillah sembuh sepenuhnya. Dan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ini. Antaranya ialah:
Sindrom Tarsal Tunnel: Terjadi apabila saraf besar di bahagian belakang kaki termampat.
Keradangan kronik pad tumit: Ini disebabkan sama ada pad tumit menjadi terlalu nipis, atau badan terlalu berat
- Kecederaan otot di kaki
- Gout
- Diabetes Neuropati
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih