Sulit
2 tahun
Sakit di bahagian tengah perut
Saya lelaki dan umur saya 34tahun,dua tiga hari lepas saya mengalami sakit perut di bahagian tengah perut hingga ke bahagian ari ari saya…bila saya buang air kecil…air kencing saya warna coklat kemerahan…saya harap pihak doktor dapat bantu saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kekurangan minum air, jadi air kencing pekat
- Jangkitan pundi kencing
- Keradangan pundi kencing
- Batu karang pundi kencing
- Penyakit prostat
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Urologi.