
sitifakhiraamaniz
5 tahun
Sakit di bahagian tulang rusuk
Saya wanita berumur 18 dan saya rasa mencucuk di bahagian tulang rusuk kiri dan kadang-kadang terasa di bahagian kanan pula…saya mengalami perkara ini sejak 2 hari yang lalu.Perkara ini tidak mengganggu tidur saya tapi berlaku ketika saya sedang duduk bersantai.Boleh saya tahu apa sebabnya dan adakah dia memberi kesan kepada diri saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit belakang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit belakang. Antaranya ialah :
- Masalah otot
- Ketegangan otot
- Masalah saraf
- Masalah pada organ sekitarkawasan tersebut
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.