
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian urat peha, betis dan bawah tapak kaki
Saya berumur 33 tahun, bekerja sebagai seorang jururawat, mempunyai sejarah masalah PID bermula pada tahun 2019 dan history of fracture di metatarsal 4th and fifth at left leg dan jone’s fracture at left leg.
Masalah saya, apabila bekerja berdiri, berjalan dan membuat kerja membongkok, saya akan ada sakit di bahagian tulang belakang terutama di bahagia S1, S2 sehingga coccyx…
Yang paling sedih,saya sakit di seluruh kaki sehingga tidak boleh berjalan dgn betul dan amat sakit di bahagian telapak kaki. Selalu mengalami urat tegang dari pinggang ke bawah… apa rawatan yang perlu saya jalan kan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian tulang belakang. Melalui penerangan anda, masalah ini berlaku mungkin atas faktor sejarah masalah kesihatan tulang dan PID yang anda pernah alami. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti sindrom saraf, kekejangan otot, jangkitan kuman dan beberapa masalah lain.
Memandangkan rasa sakit yang anda alami telah merebak ke anggota badan yang lain, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor terutamanya jika kesakitan semakin berat. Hal ini bagi menentukan rawatan yang tepat buat anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Bagaimanapun, sementara ini, anda boleh cuba beberapa hal bagi mengatasi sakit tulang belakang, seperti:
- senaman- Badan anda mempunyai sekumpulan otot yang berfungsi untuk menstabilkan badan anda atau dipanggil otot utama. Otot bahagian abdomen merupakan salah satu contoh otot utama ini. Senaman yang menguatkan otot utama anda akan mengurangkan kemungkinan terjadinya sakit belakang.
- postur- Pastikan cara anda duduk di meja adalah betul, Mengangkat barang berat dengan cara yang betul. Sering sekali kita membengkokkan tulang belakang apabila ingin mengangkat barang. Ini menyebabkan tekanan kepada tulang belakang. Cara yang betul adalah untuk bercangkung dan memastikan tulang belakang anda tegak. Kemudian, angkat barang tersebut menggunakan otot kaki dengan berdiri tegak dari posisi bercangkung.
- Menjaga berat badan
Selain itu, anda boleh mencuba menggunakan alternatif seperti:
- ubat tahan sakit: Jenis ubat tahan sakit yang sesuai adalah paracetamol atau jenis NSAID. Hati-hati jika anda mengambil ubat NSAID. Ia tidak sesuai bagi orang yang menghidap penyakit asma dan ulser perut.
- Minyak angin/kain panas/botol air panas: Sesetengah orang merasa sakit di belakang berkurangan apabila terdapat haba di bahagian belakang.
- Ais
Akan tetapi, jika masalah masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi menyelesaikan masalah ini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih