
Sulit
4 tahun
Sakit di bawah abdomen sebelah kiri dan kanan
hii saya wanita berusia 30 tahun.masih bujang.mengalami sakit bawah abdomen kiri dan kanan.sakit datang on off.semasa umur saya 23 tahun,saya pernah menjalani pembedahan utk membuang cyst di ovary.soalan saya,ada kemungkinan besarkah cyst saya pernah alamai dulu,kembali semula dgn sakit yg saya hadapi sekarang ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit bawah abdomen pada bahagian kiri dan kanan, serta mempunyai sejarah menghidap penyakit sista ovari. Untuk makluman anda, penyakit sista ovari atau PCOS mungkin boleh berkait dengan simptom yang anda hadapi sekarang.
Penyakit PCOS boleh berulang dalam segolongan kes penyakit tersebut kerana penyakit sista ovari dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon dan perkara ini boleh terjadi pada bila-bila masa. Namun, terdapat beberapa penyakit lain yang boleh dirujuk mengenai sakit abdomen di bawah iaitu:
- Kanser rahim (salah satu komplikasi sista ovari)
- Endometriosis (ketumbuhan tisu rahim diluar organ rahim_)
- Kehamilan ektopik
- Adenomyosis
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Kanser ovari
- Kanser serviks.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda agar mendapatkan rawatan yang lebih sesuai. Sila pantau simptom-simptom yang lain yang berkaitan dengan penyakit reproduksi wanita seperti:
- Haid tidak teratur
- Haid terbehenti atau berlebihan
- Kegatalan pada kelamin
- Penumbuhan bulu roma yang tidak terkawal
- Sakit payu dara
- Keputihan kuning atau coklat
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.