
Sulit
5 tahun
Sakit di bawah abdomen
hi. i’m a girl berusia 20-an dan masih bujang.baru baru ini saya mengalami sakit di bawah abdomen akibat menahan kencing dalam waktu yang singkat. adakah ini berkaitan dengan masalah wanita atau normal ? kerana dalam beberapa tempoh yang agak lmaa saya mengalami sakit yang sama. padahal waktu itu saya sudah tidak menahan kencing.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sakit bawah abdomen boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sembelit
- jangkitan saluran kencing
- batu karang
- sakit otot
- hernia (angin pasang)
- usus tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.