
Sulit
4 tahun
Sakit di bawah perut bahagian kiri
saye berumur 16thn . saye mengalami sakit ini ketika saya mahu kencing . saya sakit dibawah bahagian perut sudah hampir seminggu berlarutan . buleh doktor jelaskan hal ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit di bawah perut dan berkait dengan kelegaan selepas kencing boleh disebabkan oleh:
- Masalah batu di saluran kencing atau buah pinggang
- Masalah pada pundi kencing (ketumbuhan, batu dan sebagainya)
- Masalah prostat untuk lelaki
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.