
Anonymous
5 tahun
Sakit di bawah perut belah kanan
Saya wanita berusia 30 an. Semasa puasa baru ini saya mengalami sakit perut seperti berdenyut-denyut kerap kali tapi tidaklah menghalang saya untuk melakukan aktiviti harian. Makan, buang air semua tiada masalah. Saya ada berjumpa doktor katanya banyak angin. Dia ada memeriksa. Selepas makan ubat angin saya dah tiada rasa sakit. Tapi baru hari ini, sakit tu datang tapi seperti kawasan rahim belah kanan, bawah perut. Saya tak tahu nak gambarkan sakit tu di mana lokasi. Yang nyata di bawah pusat lebih kurang sejengkal dan di belah kanan. Sakit berdenyut tu kuat tapi saya masih tiada apa2 simpton dan yang boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sakit tu datang dan pergi tapi kerap. Apakah agaknya sakit iti doktor? Saya baca berkenaan appendiks tapi saya tiada simpton.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih