
Sulit
4 tahun
Sakit di bawah perut kanan Dan kiri
Hi doktor saya seorang perempuan berumur 15 tahun . Saya juga belum datang haid. Hari ini Dan Semalam saya mengalami sakit di bawah perut Kiri Dan kanan . Ianya sangat sakit apabila batuk Dan ketawa.Masa bangun dari baring juga rasa sakit seperti dipijak.Saya juga mengalami sembelit baru²ini .
Untuk pengatahuan doktor bulan lepas 6/11 saya keluar darah tapi hanya 4 Hari dalam kuantiti yang sikit ( Dan sakit Pada perut bahagian Kiri) .Pada bulan ini tiada Pula itu yg pelik . Mohon pencerahan ya doktor tqq😊

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan appendiks
- Keradangan usus
- Cyst pada ovari
- Jangkitan kuman pada bahagian pelvis
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Batu karang pada buah pinggang/ saluran buah pinggang
- Kandungan ektopik (kehamilan luar rahim)
Jika gejala yang berlaku berlarutan, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.