
nf355689
5 tahun
Sakit di bawah perut lebih dua minggu , mabuk dan demam berulang
Saya berumur 25 tahun. Sudah berkahwin . Sejak dari minggu lepas bhgian bawah perut saya terasa sangat sakit, dan mencucu-cuc
uk. Kepala sentiasa pening dan adakalanya saya terasa seperti demam yang berulang-ulang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastritis adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Masalah pada sistem peranakan seperti ovari, falopian tiub, rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.