
Sulit
3 tahun
Sakit di bawah perut sebelah kiri
Salam doctor,
saya pelajar berumur 17 tahun.Saya mengalami luka di dubur dan juga gatal.Pada malam tadi ianya terlalu gatal dan saya garu sepenuh hati saya kerana tidak dapat menahan.Pada esok hari, saya sakit di bawah perut seperti dicucuk dan rasa terlalu sakit.Rasa seperti tak boleh bernafas dan jalan pun kena bongkok supaya tidak sakit.Dan usus saya asyik berbunyi sahaja.Sakit di bwh perut itu sampai ke kaki belah kiri saya juga.Adakah ini bahaya dan apa akan terjadi kalau saya tidak berjumpa doktor .

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu sakit bawah perut. Namun begitu, maklumat lanjut daripada anda harus kami perolehi sebelum sebarang kesimpulan dibuat berkenaan punca sebenar sakit yang anda alami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sakit bawah perut:
- Keradangan appendix ( appendicitis)
- Keradangan saluran kencing
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Batu dalam buah pinggang
- Irritable Bowel Syndrome
Tambahan, khusus pada wanita, sakit bawah perut dapat disebabkan oleh:
- Haid ( menstrual cramp)
- Endometriosis
- Ovarian cyst
- Hamil di luar rahim
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih