farizzuwanjamil
3 tahun
Sakit di bhgian tulang rusuk kiri dan kanan
Selamat petang… Umur 21 tahun sye berkeja. Dn sye ingin tanye apakah sbb punca sye sakit di bhgian tulang rusuk kiri dn kanan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian tulang rusuk kiri dan kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan dan kecederaan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih