Sulit
4 tahun
Sakit di dalam kerongkong
Hai,dalam 2 3 hari ni saya mengalami sakit tekak di bajagian kerongkong sebelah kiri.Saya tidak pasti sama ada tertelan tulang ikan dan sebagainya.Tetapi saya tidak mengalami batuk.Hanya ada kahak sahaja yang berwarna putih,tetapi tidak banyak.Kenapa ya,boleh doktor jelaskan punca masalah saya yang sebenar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di dalam kerongkong sebelah kiri. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai penjelasan, antaranya ialah:
- Bendasing ( foreign body ) di dalam rongga pernafasan
- Radang tonsil ( tonsillitis )
- Jangkitan telinga
- Radang laring dan faring ( laryngitis dan pharingitis )
- Jangkitan saluran pernafasan ( respiratory tract infection )
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.




























