Sulit
5 tahun
Sakit di kawasan dubur
Saya lelaki berumur 27. Saya mengalami sakit di dubur selepas buang air besar. Apa sebab sakit tu yer?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di kawasan dubur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Irritable bowel syndrome
- Sindrom Radang usus- Inflammatory Bowel Disease
- Pilonidal Sinus
- Buasir
Jalani aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini hanyalah keterangan am. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.






























