
Anonymous
5 tahun
Sakit di kepala yang menyebabkan kepala berasa rumsing
Saya berumur 20 thn. Dua hari lepas telinga saya tidak berhenti berdering.Kemudian hari kepala saya pedih apabila ditekan dan kepala saya mula berbunyi ‘pop’.tolong doktor pls

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat banyak sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Kesemua masalah diatas boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor dan menjalani pemeriksaan terhadap telinga anda untuk mengenal pasti punca sakit telinga tersebut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih