
Sulit
4 tahun
Sakit di lubang geraham selepas di cabut
Geraham baru lepas dicabut 2 hari lepas selepas 1 bulan sakit gigi dpt cabut sedikit shj sbb gigi dh reput. Apabila gigi dh cabut sepenuhnya, gusi masib bengkak dan bila lihat mcm ada ulser keliling gusi dan dlm lunamg tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di lubang geraham selepas dicabut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya:
- Keradangan pada ruang gigi yang tercabut
- Jangkitan kuman atau bakteria pada ruang gigi atau gusi
Berdasarkan keterangan bahawa anda mengalami gusi bengkak dan seperti terlihat ulser di sekeliling gusi, anda amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hal ini adalah untuk mencegah berlakunya sebarang komplikasi lain memandangkan adanya risiko jangkitan.
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Sebaiknya, anda merujuk kepada doktor gigi untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor umum secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih