
Sulit
5 tahun
Sakit di pangkal paha
Saya wanita awal 20-an. Sejak akhir-akhir ni saya selalu rasa sakit di pangkal paha kanan setiap kali saya memakai seluar dalam. Sebelum ni rasa sakit tu hanya apabila memakai seluar dalam terlalu lama tapi kalini walau pakai hanya sekejap (tak sampai 30 minit) pun dah rasa sakit. Kenapa ya doktor? Sedangkan saya tak memakai seluar dalam yang ketat. Adakah ia ada kaitan dengan berat badan yang terlalu kurus?
Sebab sebelum ni saya juga ada masalah dengan tulang pinggul (sakit apabila duduk) dan apabila jumpa doktor dan xtray, doktor hanya mengatakan bahawa saya terlalu kurus menyebab saya rasa sakit setiap kali mahu duduk. Ketinggian saya 160cm dan berat badan 50kg. Adakah rasa sakit di celah paha ini disebabkan terlalu kurus atau ada sebab lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Kecederaan otot
- Masalah saraf
- Radang sendi
- Kecederaan sendi dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.