
fiesyaachacha
5 tahun
Sakit Di Perut Ketika Bersama
Hi Doc, kenapa saya rasa sakit di perut ketika bersama? Adakah disebabkan ketumbuhan dalam perut? Ia akan sakit ketika dalam beberapa posisi.
Saya telah membuat scan di perut dan result menyatakan saya ada ketulan cyst di dalam perut tetapi kecil. adakah disebabkan itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk cyst, ia adalah sejenis kondisi fisiologis (normal) yang dapat mengenai wanita muda dan akan hilang sendiri dalam beberapa minggu. Justeru, melihat kepada kondisi yang normal dan akan hilang sendiri tanpa ditangani ini,sebaiknya anda mengawasi gejala yang terjadi selain sakit.
Bagi keterangan lanjut dan untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.