kakak95bez
4 tahun
Sakit di perut sewaktu hamil
Selamat pagi…saya berumur 24 tahun dan sedang hamil anak sulung berusia 22 minggu. Kebelakangan ini saya selalu alami sakit di bawah payudara sebelah kanan atas sedikit daripada perut dan merasa nyeri dan tegang pada kawasan pusat. Adakah ini normal atau petanda penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut sewaktu hamil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- sembelit
- pyelonefritis yaitu keradangan buah pinggang
- cystitis yaitu keradangan pundi kencing
Seandainya gejala yang anda alami memburuk dengan disertai perdarahan muntah, mual berak berdarah dan sebagainya, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.