
qairamardio92
6 tahun
Sakit di sebelah bawah perut kiri
. Saya mengalami sakit di bawah perut sebelah kiri. Sakit ini hanya sekali sekala datang.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan simptom-simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punya yang bermungkinan menyebabkan hal ini. Antaranya adalah:
Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.“Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besarBatu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencingJangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.