
Sulit
5 tahun
Sakit di tulang ekor
Saya lelaki berusia 28 tahun. Sudah hampir sebulan lebih saya merasakan sakit di bahagian tulang ekor, sakit ini bermula sejak bermulanya PKP.
Saya percaya sakit ini disebabkan oleh cara duduk saya terlalu lama di permukaan kerusi yg keras.
Sepanjang sakit ini, saya sudah mengamalkan beberapa cara seperti duduk diatas tilam yang tebal (ketika hendak bangun terasa jugak sakitnya), meletakkan bantal donut ketika duduk, meletakkan krem sakit otot dan makan panadol (jarang makan melainkan berasa terlalu sakit).
Soalan saya :
Adakah sakit ini akan sembuh dengan sendirinya seperti sakit otot dan berapa lama masa diambil untuk sembuh atau kekal? ?
Adakah ianya bahaya, sekiranya saya biarkan sakit ini tanpa berjumpa dengan doktor?
Selain faktor asas sakit tulang ekor ini, adakah baring terlalu lama menjadikan ianya penyebab juga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang punggung boleh disebabkan:
- Postur badan tidak kondusif ketika duduk
- Maslah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc”, “herniated disc”
- Masalah otot pelvis - seperti keradangan
- Masalah buah pinggang - seperti jangkitan kuman, keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.