Sulit
3 tahun
Sakit dia bahagian bawah belakang kepala dan telinga bergerak bergerak
Telinga saya sering bergerak gerak dan menyebabkan kepala bahagian bawah saya akan sakit. Rasanya seperti menarik dan mencengkam sehingga kadang2 saya rasa mahu pengsan. Saya telah pergi membuat pemeriksaan kepala ct scan, ujian darah ujian air kencing dan keputusan semua adalah normal tapi sampai sekarang telinga saya masih bergerak gerak mengakibatkan kepala saya sakit. Apakah solusi masalah ini doc? Adakah telinga saya yang mempunyai masalah?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- jangkitan kuman berulang di telinga
- inflamasi telinga tengah
- gangguan gegendang telinga
- gangguan keseimbangan tubuh
- atau gejala yang lebih serius misalnya
- gangguan pada kawasan tulang mastoid
- gangguan vaskular
- mahupun gangguan akibat penat yang terlampau
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.