
Sulit
5 tahun
Sakit diawal kehamilan
Salamm doc .boleh sya tanyaa… sya ad scan diawal 7w …tp tiadaa ap2… doc yg scan kata mybe ad mybe tak ad …tp urine test positif… kalau ikot kn skrg dh 9 w patut ke sy scan lg skli … atau tunggu appointment sy dgn gov untuk bka buku pink nnti 19/8… sbnar sy pon cnfius sy hamil atau tidak… ini adalah first pregnancy stlah 4 thn mnanti boleh doc tlg terang kan kat sya knp jd mcm nii… sy xd bleeding ap2 stkat ni… cma pnt brest kadang2 sakit …muntah pon kadang2 …sya jugak kekadang akan rasa skit perut sperti nak buang air besar dan sakit mcm sengugut. Knp ya doc ??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk mengenalpasti seseorang itu hamil atau tidak, ujian yang konklusif adalah melalui ujian “Ultrasound”. Namun adakalnya pengendali mesin tidak menjumpai tanda-tanda kehamilan biasa kerana faktor seperti:
- Usia kandungan masih terlalu awal dari tarikh kiraan
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan tanpa embryo (“Anembryonic pregnancy”)
Anda boleh menunggu temu-janji bersama doktor anda pada 19/8 ini kerana pada masa itu kandungan sudah cukip sifat untuk dilihat dari sudut kantung dan isinya. Sekiranya anda mengalami gejala seperti pendarahan, sakit perut yang luar biasa dan demam anda harus merujuk dengan segera pada doktor anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berkaitan kehamilan anda. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.