Sulit
3 tahun
Sakit dibahagian bawah payudara sebelah kiri
Saya wanita berumur 15 tahun .saya sering terasa sakit dibahagian bawah payudara saya…sakit itu seperti menekan bahagian bawah payudara saya…apakah penyakit saya ini serius?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesakitan di bahagian bawa payudara sebelah kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- serangan jantung
- jangkitan kuman dalam paru-paru
- sakit pada bahagian tulang dada
- sakit pada buah dada
- serangan panik
- pedih ulu hati
- sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

































