
Sulit
3 tahun
Sakit dibahagian kanan bawah perut
Saya remaja umur 15 tahun dan saya sakit dibahagian kanan bawah perut…susah untuk bergerak kerana berasa sakit…adakah ini juga punca akibat selalu mengangkat barang yng berat…sakit ini sudah 11 jam tapi masih sakit…
Apakah punca dan sebab sakit ini?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda sedang mengalami sakit perut bahagian kanan bawah. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan gejala anda. Antaranya adalah:
- radang appendiks
- jangkitan gastroenteritis
- sembelit
- jangkitan salur kencing
- batu karang
Berikut merupakan senarai diagnosis umum. Namun, kebiasaannya simptom yang anda alami sering disebabkan radang appendiks.
Kami sarankan anda merujuk perkara ini kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi