Sulit
6 tahun
Sakit dibahagian kiri atas perut
Saye wanita 22 tahun mengalami sakit perut selama 2 minggu. Sakit perutnya dibahagian perut atas belah kiri . Ape yang perlu saye buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca sakit perut atas sebelah kiri, antaraya:
- Gastrik
- Ulser perut
- Pedih ulu hati (asid refluks)
- Masalah paru-paru
- Masalah jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























