
Anonymous
5 tahun
Sakit dibahagian lower abdomen kiri
Saya wanita dalam 20an sering mengalami sakit di bahagian ari ari sebelah kanan. Adakah itu normal? Saya pernah membuat pemeriksaan scan untuk check ada cysts ataupun fallopian tube ada masalah atau tidak. Keputusan nya normal tapi saya takut lah doktor. Keadaan ini sering berlaku jika saya terlalu banyak keputihan. Patutkah saya rujuk pada pakar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kiri bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit radang pelvis ( Pelvic inflammatory disease , PID)
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease (IBS)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.