ainnajiha3214
6 tahun
Sakit dibahagian tisu paha dan ada benjolan yang besar
hai doktor, saya berumur 22 tahun berkerja di tapak bina… saya kerap sakit dibahagian peha akibat daripada kecederaan olahraga dulu. ada mengatakan tisu saya cramp tapi kerap berulang kali setiap saya terlebih active… bile saya kerap berdiri dan berjalan lebih 10 jam automatic sakit & benjolan dan nak berjalan tak bole bengkokkan kaki… jalan seperti tempang… bile ditekan rasa sakit dan amik masa 2 3 hari sakit itu hilang, kekadang saya paksa sampai kaki jadi lembik tak kuat berjalan dan tempang. apaa saya perlu buat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan sakit peha anda, antaranya:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Disebabkan anda mempunyai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit peha iaitu dari segi pekerjaan dan sejarah trauma, adalah amat disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.





























